Tuesday, October 20, 2009

Transformasi Menjadi Pemimpin IPT Terbilang

KURSUS TRANSFORMASI DIRI MENJADI PEMIMPIN UMP TERBILANG BERSAMA EXCEL TRAINING & CONSULTANCY

DIPETIK SEDIKIT DARI BERITA UMP
Oleh : En. Wan Nazrul Helmy bin Wan Mohd. Zain
Penolong Pendaftar Pejabat Naib Canselor





KUALA ROMPIN, 24 Mei - Seramai 43 orang pemimpin pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah mengikuti Kem Transformasi Diri Ke Arah UMP Terbilang di Institut Pengurusan Peladang (IPP) Rompin mulai 21 Mei 2009 lalu.
Para pemimpin pelajar tersebut, yang terdiri daripada Yang Dipertua dan Ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Pengerusi badan-badan pelajar yang lain dibimbing oleh perunding motivasi terkemuka, Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah untuk menjalani pelbagai modul menarik berkenaan Transformasi Diri.

Kem Transformasi Diri Ke Arah UMP Terbilang: Sasaran Kumpulan Pemimpin Pelajar adalah kesinambungan daripada pelaksanaan program terdahulu pada awal Mei 2009 di Taman Negara yang melibatkan pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan Kanan UMP anjuran bersama Pejabat Naib Canselor dan Jabatan Pendaftar dengan kerjasama Excel Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd. (Excel).

Selain Dato' Dr. Mohd. Fadzilah, pelaksanaan modul sepanjang kem selama tiga hari itu turut dijayakan oleh Encik Ebit Irawan Ibrahim Lew dan Puan Rohani Hj Saad, iaitu perunding motivasi daripada Excel dan penganalisis jenayah terkemuka, Encik Kamal Afendi Hashim.

Majlis perasmian kem tersebut telah disempurnakan oleh Naib Canselor UMP, Profesor Dato' Dr. Daing Nasir Ibrahim pada 21 Mei. Dalam ucaptama beliau yang bertajuk "Wawasan Saya Terhadap Kepimpinan Pelajar UMP", Dato' Dr. Daing Nasir menegaskan bahawa pelaksanaan kem ini haruslah dilihat sebagai pelaburan jangka panjang bagi melahirkan generasi pemimpin pelapis negara yang akan memaknakan slogan '1Malaysia' dalam erti kata yang sebenarnya. Dato' Dr. Daing Nasir juga menolak tanggapan negatif yang mengatakan pelaksanaan kem ini untuk pemimpin pelajar sedia ada sebagai tidak perlu.

"Impak daripada pelaksanaan kem ini bukanlah terbatas kepada penggal jawatan anda sebagai pemimpin pelajar, namun apa yang dihasratkan ialah kesan jangka panjang di mana anda akan menjadi anak Malaysia yang bersedia mengupayakan transformasi negara dan alumni yang berjasa kepada UMP, hasil daripada penyertaan dalam kem ini", ujar Dato' Dr. Daing Nasir.
Dato' Dr. Daing Nasir turut berkesempatan untuk berdialog dengan para pemimpin pelajar selepas ucaptama perasmian tersebut.

Yang Dipertua MPP, Saudara Mohd. Sufi Kamari menyifatkan bahawa pelaksanaan kem ini sebagai amat tepat pada masanya. "Saya percaya bahawa pelaburan pihak Universiti untuk mengadakan kem ini adalah satu pelaburan yang menguntungkan. Transformasi yang bermula dari dalam diri akan memangkinkan pula transformasi perdana negara melalui kesedaran warganegara, khususnya generasi muda", tambah Saudara Mohd. Sufi.

Muhasabah Diri

TIDAK AKAN MASUK NERAKA ORANG YANG MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti,dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka. Maka salah satu daripada bulu matanya berkata,"Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada AllahS.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."


Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannyadari api neraka dengan berkat sehelai bulu mata yang dibasahi air mata kerana menangis lantaran takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamatlah ia sebab sehelai bulu mata."Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawapada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat(pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya.(Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28). Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan,"Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku." Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali. "Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali,l alu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W". Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S."Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.


Rasulullah S.A.W bersabda, "Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."Oleh itu marilah kita banyak menangis...sebelum tibanya tangisan sehingga air mata darah pun tidak diterima..keluar air mata nanah..sehingga mata buta pun tidak akan diterima...Dalam dunia kita menangis sungguh2 di depan ALLAH walaupun setitik air mata..ataupun baru bergenang di mata pun akan diterima oleh ALLAH...untuk seluruh dosa kita diampunkan walaupun dosa kita sebanyak dosa dilautan ataupun memenuhi langit dan bumi...

TANGISAN KEINSAFAN ADIK-ADIK PESERTA SUPERKID EXCEL 2009...SEMOGA ALLAH MERAHMATI ADIK-ADIK DAN KELUARGA


Azam dan janji untuk melakukan perubahan diri selepas mengikuti Kem ini. Semoga Allah mempermudahkan semua ikrar dan janji yang dikotakan.

Wednesday, October 14, 2009

Super Camp Excel 2009




Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera....

Untuk makluman, EXCEL TRAINING & CONSULTANCY (M) SDN. BHD. yang diketuai oleh Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah akan mengadakan beberapa program pelajar SEMPENA CUTI SEKOLAH pada akhir tahun ini. Maklumat lanjut program adalah seperti berikut:

TARIKH PROGRAM TEMPAT
06 - 08 Dec 2009 Motivasi Dan Jati Diri Excel Training & Country Resorts, Lenggeng N.9
13 - 15 Dec 2009 Motivasi Dan Jati Diri Excel Training & Country Resorts, Lenggeng N.9
20 - 22 Dec 2009 Kem Anak Soleh Excel Training & Country Resorts, Lenggeng N.9
27 - 29 Dec 2009 Kem Anak Soleh Excel Training & Country Resorts, Lenggeng N.9

Sekiranya tuan/puan berminat untuk menghantar anak tuan/puan, sila hubungi kami ditalian 03 - 8926 2501, 2502, 2499, 2498 untuk maklumat yang lebih terperinci atau e-mailkan maklumat tuan/puan ke rohani_excel@ymail.com, ebit_muadzam@yahoo.com.my, excel_hisham@yahoo.com, ahmadashraf_excel@yahoo.com atau layari website kami di http://www.excel-training.com.my/.

Cara pembayaran adalah melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB No. Akaun 120 290 100 22 806) kemudian fakskan slip pembayaran (tuliskan nama peserta & tarikh program) atau fakskan borang pendaftaran yang lengkap ke 03 - 8926 2504.

Sekian, terima kasih.

"ORANG LAIN MENABUR ILMU, EXCEL MERANGSANG ORANG KE ARAH KECEMERLANGAN"
EXCEL TRAINING & CONSULTANCY (M) SDN. BHD.


03 - 8926 2501
03 - 8926 2504
rohani_excel@ymail.com
http://www.excel-training.com.my/